Cara memperbaharui pasport di Malaysia secara online atau janji temu: Panduan 2025
Ingin tahu cara mudah buat pasport dan syarat buat pasport Malaysia? Jom baca panduan lengkap cara memperbaharui pasport secara online di sini!
Jika anda suka melancong, anda mesti tertanya-tanya tentang tips beli tiket flight murah dari Malaysia. Jadi, duit lebih dari kos tiket boleh digunakan untuk berbelanja di destinasi itu. Sebenarnya, tiada waktu khusus untuk membeli tiket flight murah - tetapi memang ada cara bijak untuk dapatkan peluang lebih besar untuk tawaran yang berbaloi.
Panduan ini berkongsi tentang cara beli tiket flight murah ke destinasi seluruh dunia. Selain itu, untuk mengoptimumkan bajet percutian anda, semak Wise sebagai cara tukar wang asing dengan kos rendah selain daripada perbelanjaan dengan kad di lebih 150+ destinasi serata dunia.
❗ Catatan: Buat masa ini, Wise tidak tersedia dalam Bahasa Melayu tetapi boleh digunakan dalam 16 bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris, Indonesia, Cina (Simplified), Cina (Tradisional) dan lain-lain. Pilih bahasa pilihan anda di bahagian sudut atas kanan pada laman utama Wise |
---|
Melancong memang menyeronokkan. Percutian anda lebih mengujakan jika anda boleh kurangkan kos tiket flight, dan duit lebih yang dapat dijimatkan digunakan untuk menikmati trip tersebut. Mari kita lihat beberapa tips beli tiket flight murah supaya bajet percutian anda betul-betul berbaloi. Kami kongsikan tip terbaik cara booking flight murah, tidak kira ke mana saja destinasi anda.
Tip pertama dari kami ialah tempat tiket flight anda seawal 6 bulan atau 1 tahun lebih awal untuk rebut peluang dapatkan harga tiket yang lebih rendah.
Jika anda sudah merancang tarikh percutian, sentiasa semak aplikasi dan laman web syarikat penerbangan. Selain itu, lihat juga platform perbandingan harga seperti Skyscanner1 untuk dapatkan info tentang waktu jadual penerbangan akan dikeluarkan. Tempahan awal selalunya menawarkan pilihan seat yang lebih selesa dan laluan yang lebih baik, jadi anda boleh dapatkan flight terbaik pada harga yang lebih rendah.
Selain itu, jika anda susun trip lebih awal, anda ada masa terluang untuk merancang penginapan dan aktiviti di destinasi percutian itu nanti.
Jika anda tidak berpeluang menempah percutian anda lebih awal, masih ada tips beli tiket flight murah last minute atau berdekatan dengan tarikh percutian anda. Salah satu caranya adalah tempahan ketika promosi. Contohnya, Pameran Matta Fair2 yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia di setiap negeri sekurang-kurangnya setahun sekali, dan dua kali setahun di Kuala Lumpur. Di pameran tersebut, semua ejen akan berkumpul dan persaingan tinggi - ini bermaksud terdapat tawaran menarik untuk pelanggan.
Pilihan lain pula ialah dengan mengikuti promosi dan jualan murah yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu sendiri. Ikuti akaun mereka di media sosial untuk info terkini promosi atau waktu tiket flight murah, dan rebut setiap tawaran yang ada.
Jika anda gunakan platform pihak ketiga untuk cari dan tempah tiket penerbangan, anda berpeluang menikmati lebih banyak promosi dan diskaun menarik. Anda boleh set notifikasi jika harga tiket sesebuah syarikat penerbangan turun - Skyscanner ada menawarkan servis ini - jadi anda tahu bila dan bagaimana cara beli tiket flight murah.
Tetapi ingat, dengan menggunakan cara ini, anda membuat tempahan melalui pihak ketiga dan bukan secara terus dengan syarikat penerbangan tersebut. Jadi, situasi menjadi rumit jika anda jika anda perlu menukar tempahan atau terpaksa menunda atau batalkan tempahan tersebut.
Jika anda mengumpul rewards dengan syarikat penerbangan tertentu, sama ada secara terus daripada penerbangan atau atau menikmati reward kad kredit, jangan lupa tebus mata ganjaran anda. Tidak semua flight boleh ditempah dengan menebus mata ganjaran untuk dapatkan tiket yang lebih murah – tetapi cara ini menawarkan fleksibiliti yang memang berbaloi kepada anda dan mengelak rewards anda terbiar begitu sahaja.
Untuk menebus airmiles pula, proses membuat tempahan flight lebih mudah dilakukan melalui telefon bagi syarikat penerbangan tertentu. Anda boleh tanyakan soalan seperti jadual penerbangan dan semak nilai rewards terkumpul anda tanpa perlu mengira sendiri.
Untuk dapatkan dan beli tiket flight murah terbaik dari Malaysia, anda perlu meluangkan sedikit masa. Dengan membandingkan harga pada tarikh dan hari yang berbeza serta pilihan laluan alternatif, anda boleh menemui tawaran yang berbaloi.
Penerbangan di pertengahan minggu biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan hari Isnin atau Jumaat. Namun jika anda menaiki business class, penerbangan hari Sabtu masih menawarkan harga menarik. Anda juga perlu peka dengan sebarang aktiviti atau peristiwa istimewa yang mungkin berlangsung di destinasi yang anda tuju. Ini kerana harga akan melonjak ketika waktu puncak. Jika boleh, elakkan tempoh cuti umum atau perayaan untuk perjalanan yang lebih lancar serta harga tiket yang lebih murah.
Satu lagi cara bijak adalah dengan menjadi lebih fleksibel dalam cara anda sampai ke destinasi pelancongan anda. Sebagai contoh, anda boleh mengambil penerbangan transit berbanding penerbangan terus kerana harganya mungkin lebih murah. Atau, anda boleh lihat di mana-mana lapangan terbang yang menyediakan destinasi terakhir yang sama - contohnya di Tokyo anda boleh buat perbandingan flight ke Narita berbanding ke Haneda - atau terbang ke Nagoya dan naik Shinkansen untuk ke destinasi anda. Begitu juga jika anda ke London. Tiket ke Gatwick atau Stansted lebih murah berbanding ke Heathrow, terutamanya jika anda menggunakan penerbangan transit.
Satu tinjauan djalankan Wise baru-baru ini menunjukkan tempahan yang dibuat dalam mata wang tempatan di lapangan terbang berlepas adalah lebih murah berbanding membuat bayaran dalam mata wang negara negara anda. Ini disebabkan terdapat caj tambahan dalam kadar tukaran wang yang digunakan untuk menukar mata wang.
Kajian tersebut mendapati syarikat penerbangan mengenakan purata caj tambahan sebanyak 4.85% - 8.88% lebih tinggi jika anda membayar tiket dalam mata wang selain dari mata wang yang digunakan di lapangan terbang anda berlepas. Perbezaan ini akan lebih ketara jika anda terbang jarak jauh atau anda frequent flyer.
Jadi, pastikan anda semak harga penerbangan pilihan dalam mata wang negara tempat anda berlepas (departure airport). Selain itu, semak juga kadar tukaran supaya anda tahu berapa jumlahnya dalam RM, sekiranya anda perlu membuat pembayaran dalam mata wang asing. Perhatikan sebarang caj yang dikenakan oleh pengeluar kad anda untuk menukar mata wang. Sebagai alternatif, anda boleh dapatkan kad daripada pengeluar kad yang menawarkan caj tukaran rendah dan menggunakan mid-market exchange rate - seperti kad Wise.
Anda boleh buka akaun Wise untuk memegang dan menukar lebih 40+ mata wang, menggunakan mid-market rates dan caj telus yang rendah. Kemudian, pesan kad Wise untuk memudahkan anda belanja dalam negara dan menggunakan wang asing di luar negara.
Anda boleh dapatkan kad Wise fizikal untuk buat bayaran secara Chip dan Pin, tanpa sentuh dan mudah alih - dan keluarkan duit daripada ATM bila anda perlukan. Sebagai lapisan keselamatan tambahan, anda boleh pesan sehingga 3 kad digital Wise untuk pembayaran online atau tanpa sentuh melalui Apple atau Google Pay. Hanya tambah nilai pada akaun Wise dalam Ringgit dan tukarkan ke mata wang yang anda perlukan semasa bercuti. Ataupun, biarkan duit dalam akaun dalam Ringgit dan kad anda akan tukarkan secara automatik. Tidak kira cara yang mana, tiada caj transaksi asing³ dikenakan. Ini membuatkan kad Wise sebagai kaedah pembayaran untuk flight dan ketika bercuti yang murah dan mudah.
💳 Dapatkan kad Wise anda sekarang
Sumber:
*Sila baca syarat penggunaan dan ketersediaan produk untuk kawasan anda atau layari fi dan harga Wise untuk maklumat harga dan fi paling terkini.
Penerbitan ini disediakan untuk tujuan maklumat am dan tidak membentuk nasihat undang-undang, cukai atau nasihat profesional yang lain daripada Wise Payments Limited atau subsidiari dan gabungannya dan bukan bertujuan sebagai pengganti dalam mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan atau mana-mana profesional yang lain.
Kami tidak membuat representasi, waranti atau jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, bahawa kandungan dalam penerbitan adalah tepat, lengkap atau terkini.
Ingin tahu cara mudah buat pasport dan syarat buat pasport Malaysia? Jom baca panduan lengkap cara memperbaharui pasport secara online di sini!